Di suatu pagi yang sangat sejuk dek kerna hujan yang renyai-renyai, diulit mimpi. Memang sedaplah aku yang tertidur ni. Elok sahaja aku buka mata, mak aku dah semburkan dengan kata-kata macam ni. Aku bukan sengaja untuk tidur pagi tu. sebab aku dah siap "plan", aku nak buat apa pagi tu. Banyak sangat tugasan universiti yang aku nak kena settle hujung minggu ni. T_T. tapi, aku terlena.
Aku sedih. kenapa mak dan ayah aku tak habis-habis nak bangkitkan "course yang aku pilih? Berdosakah aku nak jadi berbeza dalam keluarga? Tak bolehkah untuk mereka hormat keputusan yang aku buat untuk kehidupan aku?
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat berpegang teguh dengan agama. Latar belakang pendidikan keluarga aku pula, semuanya kearah bahasa dan agama. mak aku, cikgu bahasa melayu, bapak aku, cikgu bahasa arab. Haa, nampak? Jadi anak-anak memang akan membesar ikut acuan lah, jadi cikgu. jangan berani-berani nak ambik yang lain. Sistem autocratic jugak lah dalam family aku ni. Haha. tapi, tak semua perkara lah. pendidikan ja agak syadid (strict).
Kakak aku, graduan bahasa arab komunikasi. Abang pertama aku, tengah belajar lagi di luar negara, syariah islamiyyah dan undang-undang. Dia tahun terakhir dah. tahun depan (2022), dia balik malaysia. Abang aku yang sorang lagi, graduan bahasa arab pendidikan. Aku? Aku lah yang paling "pelik". Orang mesti akan cakap: "alah, biasalah. anak bongsu memang macamtu. manja. keras kepala."
Lantaklah, ini hidup aku. Yang hang sibuk-sibuk tu kenapa????
Okay, disebabkan aku yang pelik dalam keluarga, aku boleh rasa macam mana kepelikan tu memberikan kesan kepada hidup aku sekarang.
Hidup aku di zaman degree sangat struggle. Aku takut nak aktif dalam kelas. jadi pendiam sangat. result aku untuk setiap semester dah tak sama macam aku di sekolah menengah. Aku best student + ketua pelajar kot. tapi itu semua dah lalu. tak perlu dibanggakan sekarang. Aku boleh "rasa" semua tu. Dari seorang extrovert yang gila-gila, sekarang dah nak ke arah introvert. Aku tak suka jadi introvert. Sebab aku rasa ini bukan aku. Tah lah, aku tak tau macam mana nak bagitau.
Sebagai seorang yang ada sedikit tentang ilmu agama, aku tahu dan sangat yakin keberkatan daripada mak ayah, cikgu-cikgu dan sesama manusia disekeliling aku. Sebab, benda ni yang aku jaga dulu-dulu kat sekolah.
Tapi, sejak keluarga aku tak boleh nak hormat keputusan aku, aku dah tak boleh nak terlalu "baik" dengan mereka. Hubungan kekeluargaan aku dah tak ok macam dahulu, walaupun sekarang aku tinggal sebumbung dengan keluarga. covid, kan? Nak balik universiti tak boleh! Dok rumah ja la. Hadap. Kadang-kadang ja kesilapan kecil yang aku buat, mesti mereka kaitkan dengan course aku.
Almaklumlah, bagi mereka,
"BAHASA INGGERIS, BAHASA MUNAFIQ. BAHASA ORANG KAFIR"
Orang yang ambik bahasa inggeris semua berdosa, tak baik, jahil. Hanya yang ambik bahasa arab tu, semua sempurna, maksum (bebas daripada dosa)
Tapi, apa yang aku doakan sekarang ni, mudah-mudahan aku bejaya yang bahasa inggeris tak pernah salah, yang mereka tak boleh pukul rata.
Kalau nak dilihat semula, ketika Rasulullah berdakwah menyebarkan Islam, puak yang bertutur dalam bahasa mana bantah baginda? Puak yang bertutur dalam bahasa mana yang rancang nak bunuh baginda?
Bukankan puak yang berbahasa ARAB?
Jadi, jelaslah, kita tak boleh salah kan bahasa. Bahasa itu ilmu. Bahasa yang menghubungkan kita semua.
Dah lah, aku nak sambung kerja aku. Nanti aku terlebih layan perasaan pulak. hehehe.
Buat yang baca kisah aku, doakan perjalanan hidup aku ya!
inshaaALLAH, aku pon akan doakan kebaikan buat kalian sekeluarga! <3
BYE!